Monday, November 17, 2008

Ujian adalah tarbiyah dari Allah

Teringat antara bait-bait indah alunan nasyid dari kumpulan In-team..alunan lembut mempunyai maksud yang mendalam bagi yang menghayatinya..
Setiap ujian dan dugaan yang Tuhan timpakan kepada hambaNya merupakan satu tarbiah bagi kita mendidik hati, bagi menguji sejauh keimanan kita kepadaNya.
sekiranya berjaya menempuhi dengan sabar dan redha insyaAllah keimanan pun bertambah, pahala berganda Tuhan kurniakan.. oleh itu renung-renungkanlah apabila di timpa sedikit kesusahan, itu tanda kasih sayang dan rahmat Allah bersama kita, supaya kita tidak terus terleka dengan nikmat kesenangan duniawi..setiap apa yang berlaku ada hikmahNYa..

bersyukur dengan apa yang ada lebih baik daripada mengharap sesuatu yang bukan milik kita...

lagu: Kehidupan
artis: in-team

kesenangan yang datang tak akan selamanya
begitulah selepas susah ada kesenangan
seperti selepas malam datangnya siang
oleh itu waktu senang jangan lupa daratan

Gunakan kesempatan untuk kebaikan
sebelum segalanya terlepas dari genggaman
kelak menyesal nanti tak berkesudahan
apa guna sesalan hanya menekan jiwa

jangan difikir derita akan berpanjangan
kelak akan membawa putus asa pada Tuhan
Ingatlah biasanya kabus tak berpanjangan
setelah kabus berlalu pasti cerah kembali

Ujian adalah tarbiyah dari Allah
apakah kita kan sabar ataupun sebaliknya
Kesenangan yang datang selepas kesusahan
semuanya adalah nikmat dari Tuhan