Monday, November 16, 2009

GuRu MuDa BeRpeLuaNg JaDi PeNgeTua

Guru muda berpeluang jadi pengetua
Oleh Suliati Asri
suliati@hmetro.com.my


BIDANG Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membawa kepada perubahan kenaikan pangkat pengetua dan guru besar.


Idea orang muda lebih ke depan?
Bagaimanapun, guru senior tidak harus dilupakan kerana gabungan kedua-duanya jamin kecemerlangan

BIDANG Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membawa kepada perubahan kenaikan pangkat pengetua dan guru besar.


Kini ia tidak lagi tertakluk kepada faktor kekananan, tetapi mengambil kira pencapaian Petunjuk Prestasi Utama (KPI).

Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom, berkata, enam teras NKRA ialah mengurangkan kadar jenayah, memerangi rasuah, meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan, meningkat taraf hidup rakyat berpendapatan rendah, memperkasa prasarana luar bandar dan pedalaman serta menambah baik pengangkutan awam dalam jangka masa sederhana.

NKRA meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan meliputi agenda kerajaan menawarkan ba'iah baru kepada pengetua serta guru besar sekolah dengan janji ganjaran berasaskan KPI sekolah masing-masing.

Alimuddin berkata, antara elemen utama dalam KPI peringkat sekolah rendah ialah semua murid normal yang bersekolah dapat menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M) sebelum memasuki tahun empat, sasaran 100 peratus murid celik huruf serta kecemerlangan dalam akademik dan kokurikulum.

Di peringkat sekolah menengah, KPI akan menumpukan perhatian antara lain kepada bidang kebitaraan (nitch area) masing-masing serta kejayaan yang dicapai termasuk peringkat antarabangsa.

Ramai menyokong dasar itu kerana sudah sampai masanya perubahan baru dilakukan bagi memantapkan sistem pendidikan di negara ini.

Namun, sejauh mana pelaksanaan dasar itu membantu dalam pentadbiran dan kecemerlangan sekolah?

Apakah faktor kekananan yang diguna pakai selama ini tidak efektif dalam pemilihan pengetua dan guru besar sehingga ia perlu dirombak?

Selain itu, tidakkah dengan pelaksanaan dasar ini akan memberi impak negatif terutama kepada guru senior?

Yang Dipertua Persatuan Kebangsaan Pengetua Malaysia, Azam Md Atan, berkata kaedah baru pelantikan pengetua dan guru besar itu satu langkah yang baik.

Beliau berkata, langkah itu memastikan sesiapa yang dipilih menerajui sesebuah sekolah adalah mereka yang cemerlang dan mempunyai rekod yang baik.

"Kemampuan seseorang dalam menerajui sebuah institusi pendidikan terutama sekolah adalah penting kerana ia ibarat tonik kepada kecemerlangan pelajar dan sekolah.

"Jadi, dasar ini akan mewujudkan lebih banyak sekolah cemerlang dan setaraf dengan sekolah bertaraf dunia.

"Namun, faktor kekananan yang diguna pakai sekarang tidak perlu diluputkan sebaliknya digabungkan dengan pelaksanaan dasar baru ini iaitu cemerlang dan berpengalaman," katanya.

Azam berkata, faktor kekananan yang diguna pakai selama ini bagus, tetapi sudah sampai masanya ia perlu diubah.

"Jika dilihat, menerusi faktor kekananan ini, seseorang pengetua dan guru besar itu dilantik berlandaskan senioriti dan tempoh perkhidmatannya.

"Jadi, walaupun tidak punya KPI yang tinggi atau cemerlang, mereka boleh memegang jawatan itu.

"Ia akan menafikan hak mereka yang cemerlang dan mampu menaikkan prestasi sekolah," katanya.

Faktor itu, katanya, sangat merugikan bukan saja kepada masa depan sekolah dan pelajar, tetapi pendidikan negara.

"Seseorang yang cemerlang pastinya mempunyai visi dan misi. Jika tidak mendapat peluang hanya kerana tempoh perkhidmatan, sedangkan mereka layak, kita kerugian.

"Justeru, jika mereka diberi peluang menjadi pengetua atau guru besar, potensi sesebuah sekolah lebih cemerlang amat besar," katanya.

Sudah lumrah, sesuatu dasar yang diubah pastinya ada kebaikan dan keburukan.

Perkara itu dipersetujui Azam kerana sesuatu dasar itu perlu diubah mengikut perkembangan semasa.

"Kita sudah lama merdeka dan perlukan perubahan.

"Perubahan ini tidak merugikan sesiapa sebaliknya memberi keuntungan terutama dalam meningkatkan prestasi sekolah," katanya.

Menurutnya, perubahan itu akan menjadikan sektor pendidikan di negara ini setaraf dengan sekolah di luar negara.

Sebagai guru yang 32 tahun menjadi pendidik, Azam meminta pelaksanaan dasar ini tidak meninggalkan kesan yang negatif kepada sesiapa terutama guru.

Sementara itu, Timbalan Presiden Gabungan Pelajar Semenanjung Malaysia (GPMS), Syed Anuar Syed Mohamad, berkata perubahan itu adalah tindakan yang bagus.

"Seseorang pengetua atau guru besar perlu mempunyai kecemerlangan kerana ia adalah jaminan kepada sebuah sekolah yang terbaik.

"Mereka yang dilantik juga perlu mempunyai kepemimpinan dan kreativiti yang tinggi selain pemikiran baru bagi menaikkan taraf pendidikan di negara ini," katanya.

Menurutnya, jika guru muda berkemampuan dan cemerlang, mereka boleh dilantik menjadi guru besar atau pengetua.

"Kini, ramai orang muda yang mempunyai kebolehan terutama pentadbir yang baik. Idea mereka kadangkala lebih ke hadapan untuk menjulang kecemerlangan sekolah.

"Secara tidak langsung, ia suatu motivasi kepada sesiapa saja untuk membuktikan kecemerlangan dan dilantik kerusi nombor satu di sekolah," katanya.

Katanya, jika orang muda dilantik sebagai pengetua atau guru besar, jangan pula melupakan guru berpengalaman atau senior kerana gabungan kedua-duanya menjamin kecemerlangan sekolah berterusan

Tuesday, November 3, 2009

الوقت كالسيف فإن لن تقطع يقطعك ....

Pantasnya masa berlalu...10 bulan mengharungi pengajian dpli terasa mcm bru jer semalam kite bermula..sekarang dah smpai ke penghujungnya... di mana pula kita selepas ini??...Wallahu ta'ala a'lam.

الرحلة إلى ملاك


hoNeyMooN kaT UmaH..

praktikal dah tamat..jadi duk honeymoon jela kat umah puas2..bile lagi kan..
dah kena posting nati..xleh duk umah lame2 cam gini dah..

syukur atas segala nikmat yang Tuhan berikan..nikmat sihat, pancaindera, damai..dan segala nikmat dr Nya...Alhamdulillah...

Tuesday, October 27, 2009

tip untuk cepat dapat jodoh

Isk apesal la aku tak kawin2 lagi ni…?
Isk siapalah yang hendakkan aku ni…?
Bilalah nak bertemu jodoh ni…?
Dah banyak kali bercinta…
asyik2 gagal saja…
Aduhai aduhai…
Susahnya nak dapat jodoh!!

Sesungguhnya urusan jodoh adalah ketetapan ALLAH. Kita hamba Nya yang lemah ini tidak ada daya upaya langsung untuk menetapkan jodoh kita melainkan semuanya dalam ketentuan Allah SWT. Namun, apa yang boleh kita buat ialah merayu dan memohon pertolongan ALLAH SWT supaya mempertemukan jodoh kita sebaik mungkin.

Berikut ini disenaraikan beberapa tips yang dapat anda amalkan dalam proses mencari jodoh terbaik anda. Pilihlah mana-mana amalan yang anda suka untuk diamalkan atau anda juga boleh lakukan kesemuanya sekali sekiranya mampu.

1. Membaca surah Yaasin setiap malam sebab dalam satu hadist nabi bahawa surah Yaasin ada 10 keberkatan, satu darinya ialah sesiapa yang masih belum berjodoh maka akan diberi jodoh. Baca kalau boleh setiap malam, atau kerap, dan niatkan supaya Allah swt segerakan jodoh dan berikan yang baik dan beriman. Insyaallah mustajab.

2. Membaca surah Fatihah berulang-ulang kali, niatkan supaya Allah swt segerakan jodoh. Juga terdapat dalam sebuah hadist, yang mana surah fatihah ada beberapa keberkatan antaranya diberi jodoh, baca berulang-ulang contoh 1x atau 3, 5, 7 atau seberapa yang anda suka dan niatkan supaya Allah swt berikan jodoh yang baik dan soleh.

3. Melakukan sembahyang hajat selama 3 hari berturut-turut dengan penuh kusyuk dan pengharapan, dan lakukan juga amalan-amalan lain yang baik-baik, contoh sedekah, zikir, ziarah org sakit, yang penting hati sentiasa bergantung harap kepada Allah sahaja, jangan harap dari selain Allah, berdoa dengan sungguh-sungguh, dengan nada suara yang lembut dan merendah diri. Adukan problem anda kepada Allah swt, jika seseorang merahsiakan problemnya kepada manusia, kemudian mengadu hanya kepada Allah, maka Allah swt akan bantu dia, jika dia mengeluh kepada manusia maka Allah swt tidak akan bantu dalam masalah tersebut.

4. Berdoa disetiap selepas sembahyang 5 waktu, dengan berdoa untuk minta jodoh sahaja selama 20 minit-30 minit. Berdoa dengan mata separuh pejam. Insyaallah

5. Bangun tengah malam sembahyang tahajjud, kemudian solat taubat 2 rakaat, kemudian sembahyang hajat beberapa rakaat yang anda mampu. Lagi banyak lagi baik. Kemudian berdoa dengan kusyu’, insyaallah.

6. Solat hajat 2 rakaat –> Doa, 2 rakaat lagi –>Doa, 2 rakaat lagi –>Doa, sehingga datang rasa benar-benar yakin yang Allah swt telah makbulkan. Kalau masih tak yakin usahakan pada malam berikutnya sehigga datang keyakinan. Bila anda telah benar-benar yakin bahawa doa anda telah makbul, insyaallah, tunggu ajalah orangnya.(Tawakkal)

7. Betulkan niat, nak kahwin kerana Allah, untuk selamatkan diri samada dari maksiat, ingin mendapat zuriat, untuk memudahkan menjalankan perintah Allah. Sabda nabi SAW, Allah menjamin untuk menolong 3 golongan:
1. Seseorang yang berjihad dijalannya
2. Seseorang yang berhutang dan berniat untuk membayarnya
3. Seseorang yang mahu kahwin untuk selamatkan agamanya

8. Berdoa dengan kusyuk diwaktu tertentu yang mustajab atau ditempat-tempat tertentu yang mustajab. Contoh: Diantara azan dan Iqamah, waktu hujan, waktu jam 3-5pagi (tahajjud), dalam masjid, berdoa dengan disertakan ismulazam, sesudah solat 5 waktu, sesudah solat asar sehingga terbenam matahari pada hari Jumaat. dalam keadaan suci, badan, pakaian dan tempat, mengadap kiblat, suara antara kedengaran dengan tidak, meminta seperti seorang fakir yang sangat mengharap dan dalam kelaparan.

9. Berdoa dengan dimulai pembuka doa dan selawat, kemudian penutup doa dan selawat.Contoh paling simple;
Pembuka:Alhamdulillah, Allahhhummasolli’ala saidina muhammad.
Kemudian bacalah apa2 saja doa samaada dalam bahasa Arab atau bahasa Melayu atau apa2 saja bahasa yang anda mahir…
Penutup:Alhamdulillah, Allahhhummasolli’ala saidina muhammad.

10. Berdoa dengan mengunakan doa-doa dari ajaran Rasulullah atau dari Al-Quran adalah doa terbaik dan paling berkat, jika tak pandai doa ajalah dalam bahasa sendiri, Allah swt maha memahami.

12. Selama beramal, jangan makan makanan, pakaian, tempat atau apa sahaja yang haram, subhat, kotor, makruh, makan makanan yang bersih, halal dan suci.

Insyaalllah jika anda amalkan tips-tips diatas dengan hati yang bersih dan ikhlas, apa sahaja permohonan, hajat, permintaan anda akan dimakbulkan oleh Allah, yakinlah. Kalau tak yakin cuba dulu, dan lihat sendiri. Jangan minta perkara-perkara yang karut-karut atau perkara mustahil, mintalah perkara-perkara yang baik sahaja. Allah swt maha kaya, dia mempunyai khazanah yang tidak ada kesudahan dan tak pernah berkurang, dia maha pangasih dan maha pemurah pula, dia suka memberi, dia suka manusia meminta dan berharap kepadanya, manusia sahaja yang kebanyakan tidak bijak kerana tidak mahu meminta dari Tuhan yang amat kaya dan pemurah. Meminta kepada sesama manusia adalah ibarat Seorang pengemis yang mengemis kepada pengemis yang lain.

Semoga Allah swt memberi anda jodoh yang terbaik.
Selamat berusaha!

Wednesday, October 14, 2009

rahsia bola hitam putih

RAHSIA BOLA HITAM PUTIH

Ceritanya ada seorang anak lelaki tunggal yang kematian ibu selepas kelahiran dia. Sejak itu bapanya jadi amat sangat workaholic sekali dan tak married2 lagi. Tapi si anak baik hati dan lemah lembut walaupun cuma tinggal bersama pengasuh aje.

Lepas Tadika, sementara member2 lain dah ada beskal, dia masih jalan kaki.

Pengasuhnya mengadu kepada bapanya. "Tuan, nggak kasian sama anaknya? Dia nggak punya sepeda...apa tuan juga nggak malu?"

Lantas...... dipanggillah si anak, ditawarkan beskal yang macam mana dan si anak cuma bagitau,

"Tak payah susah2 la papa, belikan aje saya bola itam dan bola putih..."

Hek eleh takkan macamtu kot? Bingung si papa. "Kenapa bola itam dan putih?"

"Tak perlulah saya terangkan kenapa. Kalau papa punya money, belikan itu aje."

Mengingat si anak tak pernah meminta2, so papanya terima aje. maka dibelikanlah anaknya itu beskal generasi terbaru saat itu, yang paling canggih, plus bola itam dan bola putih.

Terus si anak masuk Sek.Rendah. Lepas itu musim kasut roda. Sekian lama si pengasuh perhatikan, ini anak tak minta2 dibelikan sepatu roda sama papanya. Every petang cuma duduk2 aje. Beskalnya juga ditaruh di stor.

Maka Si Pengasuhnya menyatakan pendapatnya kepada si papa.

Hingga si anak dipanggil lagi. "Nak, kamu tak mau dibelikan kasut roda macam teman2 kamu? Apsal tak bagitau kat Papa?. No problem setakat beli kasut roda je...".

Si anak jawab,"Tak perulah papa, bola itam dan bola putih saya dah rosak.. dibelikan lagi je..tak usahla beli kasut roda.

Tambahan lagi lebih murah bola, tak gitu papa?"

Si papa geram . So, tetap si papa belikan kasut roda, plus bola itam dan bola putih.

Selang beberapa tahun, si anak masuk Sek.Men. Cerita sama terulang.

Sekarang member2nya musim rollerblade. Trend baru....

Sementara petang hari, dia masih setia sama kasut rodanya. Lepas papanya pulang dari luar negri dan melihatkan anaknya yang pakai kasut roda, si papa menjadi sangat malu. Gila, rumah macam gedong, syarikat banyak, keluar negri lagi tu......Tapi anaknya ketinggalan zaman. Besoknya, di bilik anaknya sudah ada sepasang roller blade baru dengan note: "Biar kamu tak malu".

Malamnya di ruang kerja si bapa ada note balasan: "Papa, Kenapa tak belikan bola itam dan bola putih? Saya lebih suka itu."

"Hoh,, si bapa pas baca note itu mengeluh serta bingung. Apalah istimewanya bola itam dan bola putih?

Besoknya dan besoknya lagi si bapa berkali2 ditinggalkan note itu...hingga dia tak tahan dan membelikan anaknya bola itam dan bola putih untuk kesekian kalinya.

Benar, setelah dapat itu bola, si anak tak lagi mendesak papanya lagi.

Ketika di Sek Men, yang jaraknya agak jauh, si anak masih berulang-alik dengan bas, member2nya sudah ada yang bawa motor and kereta ke sekolah. Suatu hari, ketika bapanya di rumah, si anak pulang dihantar oleh membernya yang dengan motor Harley Davidson color biru laut. Si bapa menjadi sangat malu. Anaknya tidak 4,3,...2 pun tidak.

Itulah satu-satunya anaknya.. Itupun tidak dibelikan motor. Maka ditawarkan anaknya. Si anak menolak tawaran ayahnya dengan alasan motor kurang praktis, lagipun si anak suma inginkan bola itam bola putih aja. Si bapa tak terima penolakan itu. Kerana anaknya dah beso panjang, boleh berunding. Hingga tercetus keputusan supaya si anak dibelikan motor plus bola itam dan bola putih tentunya.

Tetapi si bapak masih kesal. Sudah berapa tahun, dia beberapa kali belikan dua macam bola itu tanpa tau kenapa. Tapi si anak tak ada keinginan dan kemahuan untuk bagitau kenapa.

Hingga tibalah masa untuk melanjutkan pelajaran ke University. Kerana senang dan bangga anaknya masuk University, si anak dihadiahkan kereta Ferrari. Tetapi, sampai beberapa bulan si anak masih lagi naik motoooor aje.

Sehinggalah aweknya juga bingung, kan dia punya ferrari? kenapa naik motor. Bila ditanya, maka dijawab, abis papa tak belikan bola itam bola putih. Tak faham perasaan anak sendiri!

So, pas makan malam bersama, si awek bagitau sama si papa, kenapa pak cik tak belikan bola itam bola putih?

Si papa sebenarnya sensitif dengan bola2 itu..huh..sampai awek anak aku pun tanya..bila si bapa menanyakan si awek kenapa soalan tu yang di tanya?. Si awek pun bagitau, Ferrarinya itu tak akan dipakai selagi tak dikasi bola2 itu.

Si bapa bingung, di bilik anaknya sudah segitu banyak bola itam bola putih. Nak buat apa, fikir si Papa. Tapi demi memelihara imejnya di hadapan awek anakmya itu, maka besoknya sudah ada bola itam bola putih buat anaknya.

Suatu hari anaknya pergi date dengan aweknya ke gunung naik ferrari. Yelah, anak muda kan, ketika memandu si anak dicium aweknya and dia jadi gelabah dan terus accident!!! Segera di bawa ke hospital si bapa juga ditelepon oleh pihak hospital. Cederanya parah. Mereka berdua tak pakai seatbelt, si awek mati seketika itu jugak dan si anak sudah tenat.

Si bapa datang ke Hospital.."macam mana doc, anak saya?"

Dokter (dengan simpati dan penuh duka cita) :"Maaf Encik, kami tidak dapat berbuat banyak.. sepertinya memang sudah waktunya... sebaiknya Encik manfaatkanlah waktu terakhir.."

Perlahan si bapak masuk, mendekati anaknya.

"Papa, maafkan saya..tak hati2 bawa Ferrarinya.. " si anak juga nangis kerana aweknya tak tertolong. Si papa menenangkan dia...akrablah dua manusia itu beberapa saat. Hingga si bapa beranggapan ini saat terakhir. Dia ingat kembali keinginannya untuk tahu tentang kenapa si anak selama ini selalu minta bola itam bola putih.

"Nak, maafkan papa selama ini yang selalu sibuk...kamu jadi kesepian..maafkan papa, nak. Tak sempat jadi orang tua yang baik.."

Anaknya jawab,"tak apa-apa papa, saya faham.. Cuma kecewa kalau papa punya money lebih, malah belikan yang macam2....saya cuma minta bola itam dan bola putih aje kan?"

Si papa rasa timing-nya tepat ni, "KENAPA KAMU SELALU MINTA BOLA ITAM BOLA PUTIH... ADA APA DENGAN BOLA2 ITU?"

(pembaca juga ingin tahu ya..?)

Si anak jawab dengan terpatah2 dan susah sangat, Habis sudah tenat dan masanya sudah hampir sampai...
"sebabnya ....saya..saya. ..saya... ." Kepalanya rebah dan nafasnya hilang. Si anak sudah meninggal sebelum sempat bagitau tau bapanya.

Nah, si bapa yang selalu hidup bersama anaknya pun tak tau...apalagi aku yang cuma bercerita, lagila...tak tau. MACAMMANA NI? Kecewa jugak nih? Isk! Isk! Isk!........ ..Rasa nak belasah je...orang yang mula-mula forward kat aku.

P/S : Sorry aarr sebab forward ni kat korang. Ye lah...Takkan nak jadi korban sorang-sorang je kan...

Syawal hampir berakhir.............

sebagai renungan dan panduan kita menghadapi hari-hari mendatang..
betapa Allah Maha Penyayang dan Maha pemurah, diturunkan ayat al-kursi dengan pelbagai kelebihan bagi yang rajin mengamalkannya..sama-sama kita hayati.

Ayat ini diturunkan setelah hijrah. Semasa penurunannya ia telah diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana kehebatan dan kemuliaannya. Syaitan dan iblis juga menjadi gempar kerana adanya satu perintang dalam perjuangan mereka. Rasullah S.A.W. dengan segera memerintahkan Zaid b Sabit menulis serta menyebarkannya.

Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali keluar masuk rumah atau hendak musafir, InsyaAllah akan terpeliharalah dirinya dari godaan syaitan, kejahatan manusia, binatang buas yang akan memudaratkan dirinya bahkan keluarga, anak-anak, harta bendanya juga akan terpelihara dengan izin Allah S.W.T.

Mengikut keterangan dari kitab"Asraarul Mufidah" sesiapa mengamalkan membacanya setiap hari sebanyak 18 kali maka akan dibukakan dadanya dengan berbagai hikmah, dimurahkan rezekinya, dinaikkan darjatnya dan diberikannya pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya serta terpelihara ia dari segala bencana dengan izin Allah.

Syeikh Abu Abbas ada menerangkan, siapa yang membacanya sebanyak 50 kali lalu ditiupkannya pada air hujan kemudian diminumnya, InsyaAllah Allah akan mencerdaskan akal fikirannya serta memudahkannya menerima ilmu pengetahuan.

Untuk amalan kita semua.....

Fadhilat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-Hadis Rasullullah S.A.W. bersabda bermaksud: "Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah hilangkan segala kefakiran di depan matanya."

Sabda baginda lagi; "Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat, kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanya daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar."

Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara Allah sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad.

Mereka yang beramal dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan.

Pengamal ayat Kursi juga, dengan izin Allah, akan terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah. Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanannya.

Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk, Insya-Allah, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar.

Jika anda berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu eloklah anda membaca ayat Kursi 100 kali, insya-Allah mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar daripada gangguan lahir dan batin.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, ia akan berada dalam lindungan Allah hingga sembahyang yang lain.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut, dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya & ahli rumah2 di sekitarnya.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi diakhir tiap-tiap sembahyang Fardhu, Allah menganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukur, perbuatan-perbuatan orang yang benar, pahala nabi-nabi, juga Allah melimpahkan padanya rahmat.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah azza wajalla akan mengendalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid.

Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya.

Dari Abdullah bin 'Amr r.a. , Rasullullah S.A.W. bersabda,
" SAMPAIKANLAH PESANKU BIARPUN SATU AYAT...."